Cari @ Amanz

Bixby ialah pembantu maya yang dibangunkan oleh Samsung untuk digunakan bersama dengan sistem peranti berhubung SmartThings mereka. Beberapa penambahbaikan diperkenalkan menerusi Bixby 2.0 pada Galaxy Note 9. Ia akan sekali lagi dikemaskini ke Bixby 3.0 yang menurut laporan The Investor akan dilancarkan serentak dengan peranti skrin boleh lipat Samsung kelak.

Timbalan presiden Samsung Eui-Suk Chung dipetik menyebut versi Bixby terkini akan diperkenalkan pada peranti boleh lipat ini. Samsung mempunyai perancangan menggunakan Bixby pada kesemua produk pintar mereka menjelang 2020. Terdapat ura-ura ia mungkin akan diperlihatkan sepenuhnya pada acara CES Januari tahun hadapan. Apabila dilancarkan kelak, peranti ini mungkin akan menggunakan nama Galaxy F.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd