Pada bulan April yang lepas, peranti Android daripada Google tertiris. Ia hadir dalam rekaan seakan Chromecast 2 dari Google. Tetapi sehingga kini, peranti ini masih tidak kelihatan dan pada acara Made by Google bulan lepas – Google hanya menjual Chromecast versi baru dan tiada langsung perkara berkaitan Android TV disebut. Kini, melalui kicauan Android Developers – peranti ADT-2 iaitu sebuah dongle Android TV sudah sedia untuk dihantar kepada para pembangun terpilih.
Coming soon…
The limited edition ADT-2 developer device for #AndroidTV is almost ready. If you applied during #io18, check your inbox in the coming weeks. pic.twitter.com/P3JwZPGAzC
— Android Developers (@AndroidDev) November 19, 2018
Pada Google I/O 2018, Google telah pun mula perkenalkan sistem operasi Android TV berasaskan Oreo dan ia sudah pun mula hadir dalam beberapa peranti Android TV seperti Mi Box 3. Kemudian, banyak ciri Android TV lain dikatakan akan hadir dalam versi Android TV akan datang. Mungkin versi Android TV ini akan hadir untuk peranti Android TV Google terlebih dahulu.
Bila ia akan hadir secara terbuka masih tidak tahu. Buat masa ini, hanya pembangun terpilih sahaja dapat mencuba peranti ini. Mungkin ia akan diperkenalkan pada tahun hadapan.