Lori Swapandu Pertama Volvo Akan Digunakan Untuk Tujuan Perlombongan

Lori Swapandu Pertama Volvo Akan Digunakan Untuk Tujuan Perlombongan

Diterbitkan pada November 21, 2018 oleh .

Lebih kurang dua bulan lepas, Volvo telah memperlihatkan Volvo Vera – iaitu konsep lori swapandu tanpa kabin pemandu. Lori Volvo ini direka untuk pemanduan jarak dekat bukan seperti lori swapandu Tesla. Kini, lori swapandu Volvo sudah menjadi realiti – tetapi hanya digunakan untuk tujuan melombong.

Walau bagaimanapun, lori swapandu Volvo ini bukanlah seperti lori konsep Volvo Vera. Tetapi ia adalah lori muatan berat biasa yang diubah untuk menjadi swapandu. Jadi, kabin pemandu masih lagi wujud dan seorang pemandu perlu berada dalam kabin bagi tujuan keselamatan. Menurut Volvo, tujuan lori ini dihasilkan adalah untuk tugasan perlombongan yang lebih produktiviti dan memudahkan.

Dalam video, ia dilihat lori ini mampu bergerak dari lokasi A ke lokasi B tanpa masalah. Selain itu, kawalan mengangkut muatan batu kapur juga dikatakan adalah secara automatik.

Tetapi, jika lori swapandu meraih populariti banyak syarikat perlombongan – bagaimana dengan nasib pemandu-pemandu lori di luar sana?


TIPS & ULASAN