Cari @ Amanz

Perkhidmatan jalur lebar di Malaysia yang popular disediakan oleh TM. Tetapi, kita semua tahu sejak kebelakangan ini – langganan perkhidmatan Internet oleh TM mempunyai banyak isu baik dari kelajuan atau harga yang tidak masuk akal.

Laporan Speedtest untuk bulan Oktober 2018 telah menunjukkan carta kepantasan Internet dunia. Malaysia di lihat berada di tangga ke-26 dengan purata kelajuan hanya 61.97 Mbps. Tempat pertama dipegang oleh Singapura dengan kelajuan 181.47 Mbps diikuti oleh Iceland 153.26 Mbps dan Hong Kong 131.05 Mbps.

Walaupun kelajuan Internet jalur lebar berwayar di Malaysia berada di tangga ke 26, kelajuan Internet 4G di Malaysia boleh dikatakan antara yang tercorot. Malaysia berada di tangga dengan purata kelajuan 18.41 Mbps. Baik OpenSignal atau Speedtest, kelajuan 4G di Malaysia masih mengecewakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd