Cari @ Amanz

CEO Astro, Rohana Dilaporkan Sebagai Antara Calon CEO Baru Untuk TM

Oleh Aman

Link Copied!

Baru-baru ini, Telekom Malaysia telah pun membuat perubahan pada tampuk pengurusan mereka, dimana Pemangku CEO Kumpulan TM, Datuk Bazlan telah meletakkan jawatan pada Jumaat lepas, dan digantikan dengan Imri Mokhtar.

Dato Rohana Rozhan

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pelantikkan CEO baru untuk Telekom Malaysia akan dilakukan, tetapi telah hadir beberapa desas-desus baru berkaitan dengan jawatan berkenaan.

Terkini, menurut laporan Berita Harian, ia dikatakan terdapat lima calon untuk jawatan berkenaan, dan salah seorangnya adalah CEO semasa Astro Malaysia, iaitu Datuk Rohana Rozhan.


Seperti pernah dilaporkan sebelum ini, Rohana akan meninggalkan jawatan berkenaan di Astro berkuat-kuasa 31 Januari 2019 kelak – sekaligus membuka kepada spekulasi yang mana beliau mungkin menjadi antara CEO untuk Telekom Malaysia.

Menurut laporan sama, daripada lima calon yang sedang dibincangkan untuk jawatan CEO Telekom Malaysia, tiga daripadanya adalah calon daripada luar syarikat berkenaan.

Selain Rohana, satu lagi calon untuk memacu syarikat telekomunikasi berkenaan adalah bekas Ketua Pegawai Strategi TM, iaitu Dr Farid Mohamed Sani.


Komen ()