Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini telah menyatakan yang mana Galaxy A9 (2018) akan dijual di Malaysia secara rasminya bermula 23 November 2018 ini. Menariknya, kini harga jualan untuk telefon pintar ini turut diketahui, dimana ia akan membawakan tanda harga RM1999.

Samsung Galaxy A9 (2018)

Galaxy A9 (2018) hadir dengan skrin 6.3-inci AMOLED QHD+, dijana Snapdragon 660, memori 6GB RAM, dan storan 128GB.

Menariknya mengenai telefon pintar ini adalah ia menyertakan empat-kamera pada bahagian belakang, selain kamera swafoto 24-megapixel dihadapan. Menjananya juga adalah bateri berkapasiti 3800mAh.

Untuk para pembeli terawal, anda turut akan diberikan hadiah percuma bernilai RM783 yang terdiri daripada kad memori 128GB, langganan Spotify selama tiga bulan, Powerbank 10000mAh, dan juga pembesar suara JBL GO2.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd