Cari @ Amanz

Peranti terkini di dalam keluarga Honor 1o telah dilancarkan sebentar tadi. Honor 10 Lite ialah peranti dengan spesifikasi kelas sederhana dengan skrin bertakuk kecil yang kini merupakan rekaan yang semakin popular di pasaran. Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 6.21″ IPS LCD FHD+, dijana pemproses Kirin 710, memori sehingga 6GB RAM dan storan sehingga 128GB.

Kamera utama menggabungkan sensor 13+2 Megapixel f/1.8 dengan kamera hadapan pula sebesar 24-Megapixel f/2.0. Kamera disusun menegak pada bahagian belakang dan tidak mendatar seperti pada Honor 10. Bateri peranti pula adalah sebesar 3400 mAh tetapi hanya menyokong pengecasan 10W (5V/2A) menerusi port mikroUSB.

Honor 10 Lite menggunakan Android 9 dengan pelancar EMUI 9. Dwi-SIM nano disokong dengan slot sekunder berkongsi dengan kad mikroSD. Bercakap mengenai kad mikroSD, storan sehingga 512GB disokong oleh peranti ini. Di China Honor 10 Lite dijual pada harga bermula RMB 1399 (~RM 846) untuk model 4/64GB dan RMB 1899 (~RM 1148) untuk model 6/128GB. Peranti ini ditawarkan dalam warna hitan. biru dan merah,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd