Cari @ Amanz

Rekaan Meitu MP1801 Tertiris Dengan Tri-Kamera Swafoto

Link Copied!

Kita kini hidup di dunia dengan peranti yang dilengkapi empat kamera utama pada bahagian belakang. Dalam masa terdekat peranti pertama dengan tri-kamera hadapan pula akan dilancarkan. Rekaan Meitu MP1801 telah tertiris menerusi laman TENAA dan ia dilengkapi kamera swafoto yang menggabungkan sensor 12+20+8 Megapixel.

Dari segi spesifikasi peranti ini dilengkapi skrin 6.21″ OLED FHD+, dijana pemproses lapan teras, memori sebesar 8GB RAM, storan sehingga 256GB, kamera utama 12+8 Megapixel dan bateri sebesar 3400 mAh. Berita baik ialah sistem operasi Android Pie digunakan.

Peranti mempunyai rekaan tubuh yang unik kerana mempunyai dagu dan dahi berbentuk tiga-segi. Ini membolehkan sebuah pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian dagu. Meitu MP1801 mungkin peranti pertama Meitu yang akan dijual oleh Xiaomi selepas mereka diambil alih dua hari yang lalu.


Komen ()