G.SKILL Memperkenalkan Memori DDR4 Trident Z Royal – Hadir Dengan Sirip Penyejuk Emas Dan Sokongan Untuk Sistem RGB

G.SKILL Memperkenalkan Memori DDR4 Trident Z Royal – Hadir Dengan Sirip Penyejuk Emas Dan Sokongan Untuk Sistem RGB

Diterbitkan pada November 21, 2018 oleh .

Memori ialah salah satu komponen yang penting di dalam sesebuah komputer. Ia membantu komputer menyimpan data penting dan kod mesin yang membolehkannya diakses dengan cepat.

G.SKILL ialah sebuah jenama pembuat memori komputer yang cukup terkenal sekali, dan baru-baru ini mereka telah mengumumkan kehadiran memori DDR4 terbaru mereka yang dinamakan G.SKILL Trident Z Royal.

Apa yang menarik mengenai memori ini ialah ia hadir dengan sirip penyejuk yang disaluti pilihan warna emas ataupun perak. Dalam pada itu ia turut hadir dengan sokongan untuk sistem pencahayaan RGB yang membolehkan pengguna mengubah warna lampu LED yang hadir pada sirip penyejuk tersebut.

Dari segi spesifikasi, memori ini hadir dengan kit dua dan empat batang memori dari 8GB sehinggalah 128GB, dengan kelajuan 3000MHz sehingga 4600MHz.

Ia bakal hadir di pasaran dunia pada bulan Disember 2018 kelak untuk harga yang akan ditetapkan.


TIPS & ULASAN