Pelbagai bank tempatan kini dalam persiapan untuk memperkenalkan kaedah penerimaan TAC yang lebih mudah melalui aplikasi – sebagai alternatif untuk penggunaan SMS. Terkini, salah satu bank tempatan yang turut memperkenalkan ciri baru berkenaan adalah UOB atau United Overseas Bank.
Bagi pengguna bank UOB, kini anda boleh mengemaskini aplikasi UOB Mighty di Android dan iPhone, sekaligus membolehkan pengguna menggunakan token keselamatan digital dinamakan UOB Mighty Secure sebagai ganti untuk menantikan SMS.
Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu log masuk ke aplikasi UOB Mighty, dan seterusnya mewujudkan PIN Keselamatan UOB Mighty, dan seterusnya menggunakan PIN Keselematan UOB Mighty berkenaan setiap kali membuat pengesahan transaksi perbankan atas-talian.
Langkah ini dikatakan akan memberikan keselamatan yang lebih tinggi – selain pengguna tidak lagi perlu menantikan SMS-OTP setiap kali ingin melakukan transaksi.
Penggunaan UOB Mighty Secure juga dikatakan adalah diperlukan untuk transaksi melangkaui RM10,000 – selari dengan arahan Bank Negara Malaysia.
Bagi pelanggan UOB, anda boleh memuat-turun aplikasi baru UOB Mighty hari ini, dan menikmati ciri baru ini.