Dongle televisyen seperti Google Chromecast dan Amazon Fire membolehkan televisyen lama dipintarkan dengan mudah dan murah. Kandungan boleh distrim ke TV dengan hanya menggunakan dongle-dongle ini. Menurut laporan The Information, Apple sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan dongle Apple TV mereka tersendiri
Pembangunan dongle ini akan memudahkan pengguna untuk menstrim kandungan yang bakal ditawarkan oleh perkhidmatan penstriman mereka kelak. Apple dijangka melancarkan perkhidmatan penstriman ini seawal Mac 2019. Pada waktu ini kotak Apple TV dijual pada harga bermula dari RM895 sebuah. Dongle Apple TV kelak akan dijual pada harga yang lebih mampu milik seperti Chromecast.
Selain menawarkan kandungan asli mereka sendiri, Apple turut sedang berbincang dengan HBO dan Starz untuk menawarkan kandungan mereka pada platform penstriman mereka kelak.