Cari @ Amanz

Antaramuka Instagram Dikemaskini Bagi Mengurangkan Penekanan Kepada Jumlah Pengikut

Link Copied!

Instagram mengumumkan rombakan kepada antaramuka aplikasi mereka hari ini bagi mengurangkan penekanan kepada jumlah pengikut. Antaramuka terkini ini akan diberikan kepada semua secara berperingkat dengan susunan semula butang, ikon dan tab yang digunakan sebelum ini.

Terdapat empat tab boleh dilihat pada profil iaitu Grid, Posts, IGTV dan Tagged. Sebelum ini hanya tiga tab diberikan dengan ikon. Bahagian bio penulis kini diletakkan pada bahagian atas. Jumlah pengikut dan akaun yang diikuti diletakkan di bawah bagi mengurangkan penekanan terhadap mengumpul pengikut yang menjadi status di media sosial.

Akaun perniagaan pula akan menerima tab tambahan untuk membeli serta butang khusus untuk emel, panggilan telefon dan lokasi kedai. Pengenalan antaramuka baharu ini adalah usaha Instagram untuk menyelesaikan masalah pengguna yang hanya mengejar populariti. Sebelum ini Instagram menggunakan pembelajaran mesin untuk mengesan pengguna perkhidmatan pengikut dan Likes palsu.


Komen ()