Cari @ Amanz

Ketagihan digital bukan perkara yang boleh diambil ringan. Kerana peranti sentiasa melekat di tangan, kita mungkin tidak menyedari berapakah masa yang telah dihabiskan di dalam sesuatu aplikasi. Bagi mengawal ketagihan ini, Facebook telah mengaktifkan fungsi “Your Time On Facebook” kepada semua pengguna aplikasi Android dan iOS.

Pengguna kini boleh melihat dengan jelas masa yang dihabiskan setiap hari di Facebook selama tujuh hari. Mereka kemudian boleh meletakkan pemasa yang memberikan notifikasi sekiranya had penggunaan melebihi masa yang ditetapkan. Notifikasi boleh disenyapkan bagi mengurangkan gangguan.

Untuk mengakses fungsi Your Time On Facebook, anda boleh pergi ke skrin tetapan Settings and Privacy di dalam aplikasi. Selain Facebook, pengguna juga boleh melihat masa yang dihabiskan di Instagram selepas fungsi yang sama diaktifkan minggu ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd