Membuka tab yang banyak pasti akan menjadi keliru apabila ingin bertukar antara satu tab dengan yang lain. Kadangkala, pasti akan ada tab dengan laman web yang sama dibuka. Kelak, masalah ini akan diselesaikan dengan kebolehan mengumpulkan tab mengikut tugasan.
Ya, apa yang anda baca di atas itu benar. Google sedang berusaha untuk membenarkan tab-tab yang dibuka dikumpulkan. Selain itu, setiap kumpulan ini juga dikatakan adalah bergantung kepada pengguna jika ingin mengumpulkannya mengikut tugasan agar ia lebih memudahkan atau tidak.
Bila ia akan diperkenalkan, masih tidak diketahui. kadangkala – kod-kod atau perancangan dalam commit Chromium adalah perancangan atau hanya ujian semata.