Masalah Pemancar MYTV Dijangka Diselesaikan Dalam Masa Seminggu

Masalah Pemancar MYTV Dijangka Diselesaikan Dalam Masa Seminggu

Diterbitkan pada November 22, 2018 oleh .

Sejak beberapa minggu yang lepas, ramai pengguna yang menggunakan perkhidmatan siaran digital MYTV telah melaporkan mengenai gangguan siaran. Lanjutan daripadanya, hadir laporan mengatakan yang mana TM mengambil tindakan terhadap MYTV kerana tidak membayar hutang untuk penggunaan perkhidmatan mereka.

Namun, melalui laman rasmi MYTV, mereka mengatakan tiada bayaran dikenakan sehingga tarikh rasmi ASO (penutupan siaran analog) – dan MYTV telah meminta TM menarik balik penggantungan perkhidmatan mereka.

Terkini, berkongsi lanjut di parlimen, Menteri Komunikasi dan Multimedia mengumumkan yang mana masalah pemancar dan siaran ini akan diselesaikan oleh MYTV dan TM dalam tempoh sekitar seminggu.

MYTV buat masa ini telah memulakan siaran ujian di pelbagai negeri, dalam sasaran untuk menghentikan siaran berasaskan analog – sekaligus membuka spektrum 700MHz untuk penggunaan syarikat telekomunikasi. Peralihan ke siaran digital ini dijangka akan berlaku sepenuhnya pada pertengahan pertama 2019 kelak.


TIPS & ULASAN