Cari @ Amanz

iPhone ialah simbol status di negara maju dah juga membangun seperti di Malaysia. Ia dilihat sebagai peranti mewah yang hanya mampu dimiliki oleh pengguna yang berada. Tetapi di China sebaliknya adalah benar mengikut kajian yang dilakukan oleh firma Mobdata.

Huawei Mate 20 XDi dalam kajian yang dilakukan di Shanghai, kebanyakan pengguna iPhone didapati adalah wanita berusia di antara 18-34 tahun, berpendidikan sekolah menengah dan mempunyai gaji purata bawah RMB 3000 (~RM 1809) sebulan. Golongan ini dikenali sebagai “miskin yang tidak kelihatan” kerana penggunaan iPhone memberikan imej seakan mereka lebih kaya dari realiti sebenar.

Majoriti pengguna Huawei pula didapati adalah lelaki berusia di antara 25-34 tahun, berpendidikan universiti, gaji sehingga RMB 20,000 (~RM 12,000) sebulan, mempunyai kenderaan dan juga rumah sendiri.

Pada masa yang sama pengguna dengan gaji melebihi RMB 20,000 memilih menggunakan Huawei dan Xiaomi. Sementara lebih separuh pengguna Oppo dan Vivo terdiri dari mereka yang menerima gaji di antara RMB 3000 hingga RMB 10,000. Pihak Mobdata walau bagaimanapun tidak berkongsi jumlah responden yang terlibat di dalam kajian mereka ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd