Honor 10 Lite dilancarkan secara rasmi di China semalam. Peranti ini mempunyai skrin bertakuk kecil jika dibandingkan dengan Honor 10 serta spesifikasi kelas pertengahan yang lebih rendah. Mari lihat perbandingan peranti ini dengan Realme 2 Pro dan Vivo V11, dua peranti kelas pertengahan dengan skrin bertakuk kecil serta sistem dwi-kamera yang hampir setara.