Menonton video di YouTube dan kemudiannya terdapat iklan yang menganggu video tersebut agak menjengkelkan dan mengganggu pengalaman menonton sesuatu video. Agak baik jika semua iklan boleh dilangkau, tetap kadangkala terdapat juga iklan yang tidak boleh dilangkau. Jadi bagi mengatasi masalah ini, YouTube sedang menguji fungsi ‘ad-pods‘ untuk pengguna menonton dua iklan secara berturutan.
Agak pelik bukan? Tetapi menurut YouTube, tonton dua iklan secara berturutan yang boleh dilangkau sebelum tonton video atau alami gangguan dengan lebih banyak iklan sewaktu menonton video yang diinginkan. Lebih menarik, YouTube mengatakan – berdasarkan ujian mereka dengan ‘ad-pods‘ ini, pengguna akan alami sehingga 40% kurang gangguan. Kemudian bagi mereka yang membuat pengiklanan dikatakan menerima 8%-11% pencapaian.
Fungsi baru ini akan hadir buat YouTube versi desktop terlebih dahulu, kemudian peranti mudah alih dan barulah Android TV. Dengan wujudnya ‘ad-pods‘ ini, bukan pengguna sahaja dapat menikmati tontonan video yang baik – tetapi para peniaga juga turut mendapat faedah.