Cari @ Amanz

Anda Kelak Boleh Membela Pokemon Eevee Melalui Tamagotchi Baru

Oleh Aman

Link Copied!

Seperti desas-desus sebelum ini, hari ini pihak Pokemon dan Tamagotchi telah pun mengumumkan kerjasama dan bakal memasarkan Tamagotchi edisi Pokemon pada awal 2019 kelak. Melalui Tamagotchi baru ini, para pemilik boleh membela watak Eevee.

Pokemon Tamagotchi

Watak Eevee ini boleh dibela dan mengevolusi ia kepada laman watak berbeza. Seperti Tamagotchi yang lain, pengguna akan perlu memberi makan, bermain dengannya, dan mengambil berat mengenai watak berkenaan dalam memastikan ia membesar dengan baik.

Tamagotchi edisi khas ini akan dijual di Jepun dalam dua variasi pilihan warna – iaitu kuning dan juga merah-jambu. Ia akan dijual pada harga 2,300 yen iaitu sekitar RM85 bermula penghujung Januari 2019 kelak di Jepun.


Komen ()