Realme 2 Pro – Telefon Pintar Kelas Pertengahan Dengan Spesifikasi Terkini

Realme 2 Pro – Telefon Pintar Kelas Pertengahan Dengan Spesifikasi Terkini

Diterbitkan pada November 26, 2018 oleh .

Tahun ini satu jenama baru untuk telefon pintar telah dilancarkan dinamakan sebagai Realme. Telefon pintar model ini disasarkan untuk pengguna yang ingin mempunyai telefon pintar pada harga mampu milik dan ia hanya dipasarkan kepada jualan atas talian sahaja.

Kini mereka telah melancarkan sebuah telefon pintar siri kedua untuk keluarga Realme, iaitu Realme 2 Pro. Telefon pintar ini dilancarkan dengan spesifikasi dan teknologi yang terkini serta dijual pada harga yang sangat mampu milik.

Dan ini adalah antara sebabnya mengapa anda perlu meletakkan telefon pintar ini dalam senarai telefon pintar yang perlu anda miliki pada harga mampu milik.

Reka Bentuk Seperti Sebuah Peranti Premium


Daripada segi rekaannya, telefon pintar ini membawakan binaan berasaskan polikarbonat yang mana bagi saya ia dibina dengan sangat kemas walaupun ringkas. Rekaan kerangka ini sekaligus dapat memberikan impak kepada pandang pertama seseorang yang mana apabila dilihat buat kali pertama anda akan sangka bahawa kerangkanya diperbuat daripada kaca dan kelihatan lebih moden, premium dan mahal.

Telefon pintar ini juga hadir dengan rekaan skrin sebesar 6.3 inci beresolusi Full HD+ dengan nisbah 19.5:9. Skrinnya juga telah dibina dengan panel IPS LCD yang dapat memaparkan paparan dengan warna yang cantik dan memuaskan, Pada bahagian atas peranti ini telah diletakkan satu takuk kecil seumpama titisan air yang mana pada takuk ini telah ditempatkan kamera hadapan, sensor proximity dan speaker untuk peranti ini.

Dengan rekaan takuk kecil pada bahagian atas telefon pintar ini, ia sekaligus dapat memberi ruang yang lebih luas untuk paparan anda.

Sistem Yang Beroperasi Dengan Android 8.1 Bersama Pelancar ColorOS 5.2

Realme 2 Pro kali ini beroperasi dengan Android 8.1 Oreo dan menggunakan pelancar ColorOS 5.2. Pelancar ColorOS 5.2 ini merupakan antara versi pelancar yang terbaru daripada OPPO dan antaramukanya dilihat lebih ceria dan mengikut standard antaramuka moden yang terkini.

Bagi anda yang suka bermain permua, fungsi ColorOS versi 5.2 ini dapat membolehkan anda untuk meningkatkan kelajuan aplikasi yang dibuka. Selain itu, sekiranya anda tidak ingin prestasi anda ketika bermain permua diganggu, fungsi Game Space pada pelancar ColorOS 5.2 ini dapat membantu anda untuk menyorokkan notifikasi daripada dipaparkan pada skrin anda.

Sekiranya anda seorang yang seringkali ke luar negara sama ada bekerja atau bercuti, perkhidmatan O Roaming pada telefon pintar ini membolehkan anda untuk melanggan eSIM secara terbina. Dengan adanya fungsi ini, anda tidak perlu risau untuk mengakses internet dengan mudah.

Prestasi Yang Memuaskan Untuk Sebuah Telefon Pintar Pada Harga Mampu Milik

Realme 2 Pro dijana dengan cip Qualcomm Snapdragon 660 yang mana dengan terbinanya cip pemprosesan ini, ia amat berbaloi untuk dibeli kerana harganya yang sangat mampu milik walaupun cip pemprosesan yang agak tinggi digunakan.

Telefon pintar ini juga membawakan rekaan cip lapan teras yang mana ia dilengkapi dengan 4 Kryo 2.0 GHz bersama 4 x Kryo 260 1.8 GHz. Manakala untuk sokongan grafiknya pula, telefon pintar ini dilengkapi dengan GPU Adreno 512 yang mana ia dilihat dapat memberikan kepuasan kepada anda untuk bermain permua kerana sokongan grafik yang disertakan agak baik.

Sistem Kamera Yang Memberikan Pewarnaan Yang Semula Jadi

Telefon pintar Realme 2 Pro ini menawarkan keupayaan sistem kamera yang lebih baik daripada keluaran Realme yang sebelumnya. Telefon pintar ini hadir dengan sokongan dwi kamera utama gabungan 16MP bersama 2MP selain kamera hadapan 16MP . Kamera utama hadir dengan aperture f/1.7, 1/2.8″, 1.12µm dan Sony IMX398 manakala sensor kedua pula hadir dengan sokongan f/2.2 yang digunakan untuk menghasilkan efek bokeh yang cantik dan kemas.

Pada bahagian kameranya juga telah disertakan sekali dengan sistem penstabilan elektronik (EIS). Sistem ini memberi peluang kepada anda untuk menghasilkan gambar yang cukup baik walaupun kedudukan ketika anda mengambil gambar kurang stabil. Hal ini kerana sistem EIS ini dapat membantu anda untuk mengurangkan kesan gegaran ketika anda mengambil gambar.

Untuk penggunaan aperture sebesar f/1.7 pula, gambar yang terang dan tajam dapat dihasilkan walaupun anda berada di persekitaran yang gelap. Hal ini sekaligus dapat mengurangkan kesan hingar (noise) pada gambar tersebut. Warna dan kontras yang dihasilkan juga kelihatan agak semula jadi dan memuaskan untuk kegunaan harian.

Untuk kamera hadapan pula, telefon pintar ini menggunakan sensor 16MP dengan bukaan aperture f/2.0. Kamera swafotonya juga dapat menghasilkan gambar swafoto yang jelas dan memberikan efek seakan Beautify walaupun fungsi Beautify pada kameranya sudah dimatikan. Kamera swafotonya juga dapat memberikan efek bokeh sekiranya anda mahu. Dengan kehebatan fungsi kamera swafoto ini, ia dapat membantu anda untuk menghasilkan gambar yang lebih baik dan tidak keterlaluan.

Untuk rakaman video pula, kamera telefon pintar Realme 2 Pro ini menawarkan fungsi rakaman sehingga 4K iaitu pada kadar 30fps atau 1080p pada kadar 30fps. Kamera telefon pintar ini juga hadir dengan fungsi Stickers yang mana fungsi ini membolehkan anda untuk meletakkan animasi yang comel pada wajah anda.

Kapasiti Bateri Yang Dapat Bertahan Lama

Dari sudut kehatanan bateri, telefon pintar ini dibina dengan kapasiti bateri sebesar 3500 mAh. Hasil janaan cip Snapdragon 660 dengan binaan 14nm yang efisien memberi peluang kepada anda untuk menggunakan telefon pintar ini dalam jagka masa yang panjang.

Untuk mengecas penuh Realme 2 Pro ini, anda  hanya memerlukan selama 2 jam 18 sahaja untuk mengecas telefon pintar ini bermula daripada 0% hingga 100% dengan pengecas 10W.


Kesimpulannya, Realme 2 Pro merupakan sebuah telefon pintar yang dibina khas untuk anda yang inginkan sebuah telefon pintar pada harga yang mampu milik. Rekaannya yang moden membuatkan peranti ini kelihatan seperti sebuah peranti premium, dan spesifikasi yang disertakan bersama telefon pintar ini juga membuatkannya amat berbaloi untuk dimiliki.

Prestasinya yang baik hasil daripada janaan cip Snapdragon 660 juga membantu telefon pintar ini untuk terus beroperasi sepanjang hari dengan bacaan SoT sehingga 6 jam 21 minit. Kamera belakang dan hadapannya pula membolehkan anda untuk mendapatkan rakaman gambar dan video yang cantik dan memuaskan hati.

Realme 2 Pro hadir dengan tiga pilihan memori dan storan. Bagi Realme 2 Pro dengan memori 4GB RAM bersama storan 64GB, anda boleh membelinya dengan hanya RM 849 sahaja. Model dengan memori 6GB RAM bersama memori 64GB pula membawakan tanda harga RM949, manakala untuk model dengan memori 8GB RAM dan storan  128GB pula, ia dijual pada harga RM1099. Sekiranya anda berminat untuk membeli telefon pintar Realme 2 Pro ini, anda boleh mendapatkannya melalui 500 kedai pengedar-pengedar rasmi mereka di seluruh Malaysia.

Layari : Laman Rasmi Realme

Penafian: Advertorial Dari Realme Malaysia


TIPS & ULASAN