Pelancar ColorOS digunakan lebih 250 juta peranti di seluruh dunia pada ketika ini. Pada waktu ini ColorOS 5.2 masih lagi berasaskan Android Oreo. Semalam Oppo telah mengumumkan ColorOS 6 yang berasaskan Android Pie dengan beberapa penambahbaikan.
Pertama sekali ColorOS 6.0 menggunakan tema terang berwarna putih serta direka khusus untuk peranti yang menggunakan skrin nirbingkai. Selain itu reka huruf baharu Oppo Sans juga akan digunakan pada keseluruhan sistem. Integrasi pembelajaran mesin juga akan memastikan aplikasi akan diuruskan dengan lebih baik apabila tidak digunakan. Aplikasi akan dibekukan bagi mengelakkan ia ditutup oleh sistem apabila terlalu banyak aplikasi dilancarkan serentak.
Menurut Oppo lagi penggunaan bateri juga dapat dikurangkan sebanyak 7% dengan ColorOS 6 kelak. Tiada maklumat peranti manakah yang akan menerima kemas kini ini tetapi pelancar akan hadir pada tahun 2019.