Aplikasi yang semakin tular pada waktu ini ialah TikTok. Pada waktu ini ia mempunyai 500 juta pengguna di 150 negara. Ia memulakan kehidupan sebagai Douyin di China tetapi kini popular di Amerika Syarikat selepas digunakan oleh selebriti popular. Di Malaysia ia popular di kalangan pengguna muda. Kini TikTok mengumumkan kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi melancarkan pertandingan #CampusIdol.
Pertandingan yang berlangsung dari 20 November hingga 4 Disember ini cuba mencungkil bakat di kalangan pelajar semua universiti di Malaysia, termasuklah UiTM, Universiti Malaya, Universiti Kuala Lumpur, Aswara dan MSU. Mereka boleh memuat naik video di dalam kategori tarian, lakonan, seni dan muzik. Hadiah bernilai RM 11,000 dan peranti Honor ditawarkan oleh #CampusIdol dengan keputusan diumumkan pada 7 Disember kelak.
Peserta hanya perlu mempunyai kad pelajar yang sah untuk menyertai pertandingan ini. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah tontonan video, Likes dan perkongsian di media sosial.