Tencent Mengumumkan Kerjasama Dengan Garena Untuk Menerbitkan Permainan Di Asia Tenggara

Tencent Mengumumkan Kerjasama Dengan Garena Untuk Menerbitkan Permainan Di Asia Tenggara

Diterbitkan pada November 23, 2018 oleh .

Tencent dengan Garena telah sedia bekerjasama untuk menerbitkan dan menawarkan sejumlah permainan di rantau Asia Tenggara ini. Terkini, mereka mengukuhkan lagi kerjasama, dan memberikan hak untuk pihak Garena untuk menjadi terawal menerbitkan permainan PC dan permua daripada Tencent.

Garena menerima hak selama lima tahun, dan untuk penerbitan di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Taiwan dan juga Filipina.

Buat masa ini, Garena sedia menawarkan beberapa permainan terbitan Tencent, termasuk salah satu yang popular adalah Arena of Valor. Dengan kerjasama baru ini, kita mungkin akan dapat melihat pelbagai permainan video lain daripada Tencent turut memasuki rantau ini dengan lebih pantas berbanding sebelum-sebelum ini – terutamanya untuk PC.


TIPS & ULASAN