Cari @ Amanz

Gundam Factory Yokohama Sedang Membina Sebuah Patung Gundam Berskala Penuh Yang Boleh Bergerak

Oleh Nazrin

Link Copied!

Patung Gundam berskala penuh di Jepun bukanlah sesuatu yang baru. Jika anda pergi melawat bandar Odaiba di Tokyo, anda kini boleh melihat patung Gundam RX-0 Unicorn yang boleh dibuka perisainya untuk menjadi mod Destroy Mode, dan beberapa ketika dahulu, terdapat juga model gundam ikonik Gundam RX78-2 yang boleh digerakkan kepalanya.

Terkini, sebuah projek yang bernama Gundam Factory Yokohama baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan membina sebuah patung Gundam berskala penuh baru yang akan diletakkan di Yamashita Pier, Yokohama pada musim panas tahun 2020 kelak.

Gundam Factory Yokohama berkata bahawa mereka akan bekerjasama dengan kerajaan bandar Yokohama untuk membina patung Gundam RX78-2 ini, dan ia akan hadir dengan kebolehan untuk bergerak yang lebih banyak daripada  model yang dibina sebelum ini.

Projek ini bukan sahaja akan dapat dilihat bersempena acara Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, tetapi juga adalah kerana tahun tersebut merupakan ulang tahun ke-40 siri anime Gundam ciptaan Yoshiyuki Tomino.


Komen ()