Arm-A-Dine Adalah Robot Yang Tolong Menyuap Makanan

Arm-A-Dine Adalah Robot Yang Tolong Menyuap Makanan

Diterbitkan pada November 23, 2018 oleh .

Pernah atau tidak anda alami satu keadaan di mana banyak hidangan enak di hadapan anda, tetapi sudah tidak larat untuk makan kerana terlalu kenyang? Pasti ramai pernah. Kini, perkara ini boleh diatasi dengan sebuah robot yang tolong menyuap makanan apabila si pengguna tidak larat untuk suap dengan sendiri.

Arm-A-Dine adalah robot tersebut. Akan tetapi, robot ini bukannya dibina untuk menyuap makanan untuk anda makan sehingga ‘lebam’. Ia adalah satu experimen sosial ketika makan. Eksperimen ini diadakan oleh Exertion Games dari RMIT University Australia dan Indian Institute of Information Technology Design untuk mengkaji bagaimana teknologi dalam arena makanan fokus terhadap penyediaan makanan.

Menurut para pengkaji, makan bukan satu wabak kesepian apabila seseorang itu makan sambil peranti pintar berada di tangan – tetapi makan adalah satu acara sosial. Jadi Arm-A-Dine ini akan memgambil makanan dan akan memilih siapa yang akan disuap. Aplikasi imbasan wajah akan dipasang pada pengguna untuk mengimbas ekspresi wajah ketika memakan makanan. Robot ini akan suap makanan jika si pemakai robot ini senyum, sedih dan jika raut wajah yang biasa-biasa – robot itu tidak akan bergerak.

Disebabkan robot ini adalah satu ujian sahaja dan bukan untuk tujuan kegunaan awam, ia mempunyai banyak masalah. Contoh, Arm-A-Dine hanya boleh mengambil beberapa makanan atau kadang-kala ia akan berhenti dengan sendirinya dan tidak bergerak.

Tetapi, anda semua perlu beringat yang kita perlu berhenti makan sebelum kenyang. Jika sudah kenyang, bukannya menggunakan robot untuk bantu suap makanan. Beringatlah juga, makan ini adalah satu acara sosial bukannya menghadap peranti pintar dan tidak berbual.


TIPS & ULASAN