Cari @ Amanz

Bersempena majlis penutup bagi program digital kelestarian, eKelas untuk tahun ini, Maxis telah mula melancarkan ciri terbaru mereka dalam portal ini iaitu, eCikgu. Melalui ciri ini ia dapat mengupayakan konsep pembelajaran kendiri kepada pelajar di mana mereka dapat menguruskan tempo belajar mereka sendiri mengikut kesesuaian yang dikehendaki.

Turut hadir bagi merasmi pelancaran ciri terbaru eCikgu ini adalah Yang Berhormat Tuan Eddin Syazlee Shith – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyatakan perubahan era teknologi serta internet telah mendimensikan corak masyarakat dalam mengakseskan maklumat terutama dalam kalangan belia. Usaha Maxis dalam memperkenalkan kaedah pembelajaran terbaru dapat membantu pelajar di komuniti luar bandar daripada keterbatasan mereka bagi mengunakan teknologi dan internet.

eCikgu adalah gabungan tutorial secara langsung menerusi forum perbincangan bersama guru matapelajaran tertentu. Pelajar boleh bertanyakan soalan secara terus diruangan perbincangan tersebut. Hal ini memudahkan interaksi guru dalam memberikan perhatian segera kepada pelajar, pertanyaan soalan tanpa had, dan seterusnya dapat meningkatkan pengetahuan digital kepada pelajar.

Bersama sokongan SKMM, program eKelas ini akan dikembangkan lagi pada skala sasaran yang lebih besar bagi pelajar tahun 6, tingkatan 4 dan tingkatan 5. Setakat ini program tersebut telah bermula di 55 Pusat Internet di 10 negeri yang telah menghubungkan lebih 6,000 orang pelajar. Pada majlis yang sama Maxis turut meraikan majlis penutupan program eKelas Holiday Camp dengan menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada pelajar yang terpilih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd