Otak manusia mempunyai puluhan rantau berbeza yang bertanggungjawab mengawal fungsi tubuh. Bagi insan biasa yang pernah mempelajari sains di sekolah, anda mungkin tahu empat bahagian utama iaitu Cerebrum, Cerebellum dan tangkai otak. Ini kemudian dibahagikan lagi kepada rantau-rantau kecil seperti kawasan DUN pilihanraya.
Kini sebuah lagi rantai otak telah dikenalpasti dan ia mungkin antara sebab mengapa manusia berbeza dengan haiwan lain. Rantau Endorestiform Nucleus ditemui oleh Professor George Paxinos yang merupakan seorang pakar pemetaan otak di Neuroscience Research Australia (NeuRA). Ia terletak di dalam Inferior cerebellar peduncle dan dipercayai bertanggungjawab mengawal pergerakan motor halus manusia. Penemuan rantau ini diharap dapat membantu kajian ke atas penyakit Parkinson dan neuron motor.
Menurut Professor Paxinos lagi, rantau ini tidak ditemui pada haiwan lain yang pernah dikaji beliau seperti monyet. Ini mungkin antara membuatkan manusia unik berbanding haiwan selain saiz otak yang lebih besar. Bagi mengesahkan hipotesis ini, beliau akan memulakan pencarian Endorestiform Nucleus pada chimpanzi pula.