Cari @ Amanz

Jika anda sedang mencari sebuah laptop berkuasa yang boleh digunakan untuk riadah ataupun kerja, dan terlepas promosi sewaktu acara 11.11 kelmarin, MSI kini hadir dengan jualan Black Friday pula melalui kedai atas talian mereka di Lazada.

Tiga laptop yang hadir dengan diskaun ini termasuklah MSI GP63 8RD, MSI GL63 8RD dan MSI PS42 8M. Laptop MSI GP63 dilengkapi CPU Intel Core i7-8750H, memori DDR4 sebanyak 8GB, gabungan storan SSD 128GB dan cakera keras 1TB dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050Ti.

Laptop MSI GL63 pula hadir dengan spesifikasi yang sama dengan MSI GL63, dengan satu-satunya perbezaan ialah cip WiFi yang digunakan. MSI PS42 pula dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-8550U, memori DDR4 sebanyak 8GB dan storan SSD NVMe sebanyak 256GB.

Tanda harga untuk laptop-laptop ini sepanjang waktu promosi Black Friday ini adalah seperti berikut:

  • MSI GP63 8RD – RM4699
  • MSI GL63 8RD – RM4199
  • MSI PS42 8M – RM3999
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd