Powerbank Kecemasan Ini Boleh Dicas Semula Dengan Putaran Seperti Kipas

Powerbank Kecemasan Ini Boleh Dicas Semula Dengan Putaran Seperti Kipas

Diterbitkan pada November 23, 2018 oleh .

Powerbank ialah aksesori yang kami sering dibawa oleh kami ketika melakukan liputan berita di luar negara. Kesukaran mencari palam kuasa serta keperluan menangkap ratusan gambar pada majlis pelancaran dengan pantas boleh mematikan bateri telefon pintar yang digunakan. Ia lebih penting ketika waktu kecemasan. Malahan ketika banjir besar di Kelantan beberapa tahun yang lalu, powerbank ialah antara barangan yang diberikan kepada mangsa.

Tetapi ketika bencana alam adalah sukar untuk mengecas semula powerbank. Oleh itu Denqul Emergency Mobile Battery dihasilkan oleh firma rekaan Nendo. Ia mempunyai bilah pemberat pada bahagian hujung yang apabila diputar seperti kipas akan mengecas semula bateri.

Ia masih boleh dicas semula melali sambungan mikroUSB pada dermaga pengecasan merangkap tempat simpanan alat tulis. Berdasarkan rekaannya, ini ialah powerbank kecemasan yang direka untuk kegunaan di pejabat. Tiada maklumat bilakah ia akan dijual kepada umum.


TIPS & ULASAN