SKMM Membuka Panggilan Untuk Menyertai Ujian Rangkaian 5G

SKMM Membuka Panggilan Untuk Menyertai Ujian Rangkaian 5G

Diterbitkan pada November 23, 2018 oleh .

SKMM merupakan pihak berkuasa yang memantau mengenai rangkaian telekomunikasi di Malaysia. Terkini, hari ini SKMM mengumumkan yang mana mereka kini membuka panggilan untuk menyertai ujian rangkaian 5G di Malaysia.

Pengumuman pihak SKMM selari dengan pengumuman sebelum ini yang memilih Putrajaya dan Cyberjaya untuk melakukan ujian rangkaian 5G. Ujian ini akan dilakukan bermula November 2018 ini sehingga 31 Oktober 2019.

Seperti biasa, dengan rangkaian 5G, ia akan menawarkan sokongan rangkaian yang lebih efisyen, kelajuan data yang pantas, selain membuka kepada peluang pelbagai perkhidmatan dan produk yang inovatif dalam arena telekomunikasi.

SKMM mengatakan kini mereka membuka pendaftaran ujian untuk rangkaian 5G ini, sekaligus menyertai ujian untuk rangkaian generasi baru ini – dan bersedia dengan sokongan untuknya apabila ia diperkenalkan kelak.


TIPS & ULASAN