Cari @ Amanz

Apple Malaysia kini telah mula menawarkan iPad Pro generasi baru untuk pengguna tempatan, sekaligus membolehkan pengguna tempatan mendapatkan iPad Pro 11-inci dan 12.9-inci dengan rekaan baru.

Apple iPad Pro baru ini hadir dengan rekaan bingkai nipis dan skrin menyeluruh, menggunakan pengesahan Face ID menggantikan Touch ID, selain menawarkan sokongan pengecasan nirwayar untuk Apple Pencil yang dihubungkan secara magnetik.

Menjadi perubahan besar pada Apple iPad Pro baru ini adalah sokongan pengecasan dan sambungan berasaskan USB-C, sekaligus membolehkan pengguna untuk menghubungkan aksesori lain seperti kamera, pembaca kad, dan sebagainya terus ke iPad Pro – dan menggunakannya sebagai salah satu peranti perkomputeran penuh.

Di Malaysia, ia ditawarkan dalam variasi WiFi sahaja dan juga pilihan selular – selain turut menawarkan sokongan storan sehingga 1TB.

Ia ditawarkan pada harga bermula RM3499 untuk versi 11-inci, sementara versi 12-inci ditawarkan pada harga bermula RM4349.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd