Cari @ Amanz

Kerajaan negeri Selangor hari ini telah membentangkan Belanjawan 2019 untuk negeri berkenaan, dimana melaluinya mereka menyentuh sejumlah pembangunan menarik, termasuk berkaitan e-sukan.

Menyentuh mengenai arena e-sukan, Selangor Cyber Games telah diadakan sejak 2014 yang lepas – sekaligus menjadikan Selangor antara peneraju dalam arena berkenaan. Sejak pengenalannya 2014 lepas, ia telah melihat perkembangan positif, dan pada 2018 ini sahaja Selangor Cyber Games telah menawarkan hadiah berjumlah RM250,000.

ESukan Selangor

Untuk tahun 2019 kelak, Selangor memperuntukkan sebanyak RM400,000 untuk pembangunan dan penganjuran e-sukan, selain pada masa yang sama menyasarkan peruntukkan sebanyak RM1 juta daripada kerajaan persekutuan bagi melonjakkan lagi arena berkenaan.

Pengumuman terbaru ini juga selari dengan pengumuman kerajaan persekutuan sebelum ini yang ingin memperkembangkan arena berkenaan dan mengumumkan peruntukkan sebanyak RM10 juta untuk pembangunan permainan video melalui MDeC.

Dengan komitmen pelbagai pihak untuk arena e-sukan, kita mungkin akan dapat melihat perkembangan sihat arena berkenaan di Malaysia pada 2019 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd