Carian
Logitech Dilaporkan Mengambil Alih Pengeluar Fon Kepala Plantronic
November 24, 2018 Effi Saharudin

Logitech ialah jenama yang terkenal dengan papan kekunci dan tetikus yang berkualiti tinggi. Semasa di kolej dahulu, jenama ini popular di kalangan pelajar kerana harga jualannya yang mampu milik tetapi masih menawarkan kualiti yang baik. Menurut laporan Reuters, Logitech kini di dalam proses mengambil alih pengeluar fon kepala Plantronic.

Perbincangan masih dilakukan dan mungkin akan diumumkan seawal minggu hadapan. Logitech dipercayai akan membayar $2.2 bilion (~RM 9.23 bilion) untuk mengambil alih syarikat pengeluar fon kepala yang sudah beroperasi sejak 1961. Plantronic mempunyai sejarah yang cukup menarik kerana fon kepala SPENCOMM (Space Environmental Communications) mereka digunakan oleh angkasawan untuk menjalankan misi ke bulan.

Komen