Carian
Ini Mungkin Skrin Infinity-O Samsung Galaxy A8s Dengan Lubang Kamera Pada Skrin
November 25, 2018 Effi Saharudin

Ura-ura terkini mula kedengaran bahawa Samsung Galaxy A8s akan menjadi peranti pertama keluaran mereka dengan skrin Infinity-O. Skrin ini unik kerana ia mempunyai lubang kecil pada skrin untuk kamera swafoto sebagai alternatif kepada penggunaan takuk yang kini sedang popular.

Panel skrin untuk peranti ini telah tertiris ke arena web menunjukkan saiz lubang yang agak besar terletak pada buku kiri. Dengan rekaan ini skrin yang lebih besar boleh digunakan tetapi masih mengekalkan rekaan peranti yang selesa dipegang dengan sebelah tangan.

Skrin Infinity-O ini diperlihatkan hampir sebulan yang lalu serentak dengan Infinity-V, Infinity-U dan Infinity Flex. Samsung mengalah dengan permintaan pengguna yang kini mula selesa dengan penggunaan takuk pada skrin.

Komen