Carian
Telefon 128GB Bawah RM1500
November 25, 2018 Arib Ismail

Storan memainkan peranan yang cukup penting dalam pemilihan peranti. Sekiranya dahulu kita merasakan 16GB sudah cukup besar, kini ia hanya mampu memuatkan sejumlah aplikasi dan permainan kasual. Perkara ini didorong dengan kemajuan pengimejan, aplikasi, dan permainan, yang kini sudah mula menunjukkan saiz kandungan yang lebih tinggi.

Dengan penggunaan peranti yang intensif dari hari ke hari, peranti dengan storan yang besar adalah suatu kepastian untuk menggalas keperluan hari ini. Ia bukan sahaja dapat memberi ruang storan yang lebih luas, malah memudahkan penggunaan untuk jangka masa lama. Untuk itu, kami menyenaraikan beberapa telefon menarik dengan storan 128GB yang anda boleh dapati pada harga di bawah RM1500.


Peranti Kelas Pertengahan Di Bawah RM1000


Honor 8X

Honor 8X antara peranti yang banyak disebut-sebut pada tahun ini atas penawaran spesifikasinya yang padat. Ia menampilkan rekaan kaca dengan 15 lapisan berbeza dalam memberi penampakan peranti premium. Ia juga membawakan saiz skrin yang cukup besar iaitu 6.5-inci untuk memberi pengalaman permainan dan multimedia yang memuaskan. Apa yang menarik lagi, ia menyertakan sokongan Night Mode untuk membolehkan pengguna mendapatkan penggambaran malam yang lebih terang.

Spesifikasi:

  • 6.5” LTPS LCD FHD 19.5:9
  • HiSilicon Kirin 710
  • 4 x Cortex-A73 2.2 GHz, 4 x Cortex-A53 1.7 GHz
  • 4GB RAM / 128GB + mikroSD
  • 20MP f/1.8 + 2MP (Utama) / 16MP f/2.0 (Hadapan)
  • Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11 b/g/n
  • 3750 mAh, Mikro-USB, pengecasan 10W
  • Android 8.1 / EMUI 8.2

Harga: RM949 (4GB RAM + 128GB)

Realme 2 Pro

Melihat kepada penawaran Realme 2 Pro, ia cukup berbaloi untuk harganya. Dengan harga promosi RM999 melalui Shopee, peranti ini antara peranti 8GB RAM termurah yang anda boleh dapat di pasaran. Rekaan mirip seperti OPPO F9 dengan rekaan menawan di bahagian belakang bersama rekaan skrin penuh bertakuk pada bahagian hadapan. Ia membawa penjenamaan “Pro” kerana ia dijana dengan cip kelas pertengahan berkuasa Snapdragon 660 bersama kapasiti bateri 3500 mAh untuk penggunaan yang lama.

Spesifikasi:

  • 6.3” IPS LCD FHD+ 19.5:9
  • Qualcomm Snapdragon 660
  • 4 x Kryo 260 2.0 GHz, 4 x Kryo 260 1.8 GHz
  • 8GB RAM / 128GB + mikroSD
  • 16MP f/1.7 + 2MP (Utama) / 16MP f/2.0 (Hadapan)
  • Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 b/g/n/ac
  • 3500 mAh, Mikro-USB, pengecasan 10W
  • Android 8.1 / ColorOS 5.2

Harga: RM999 (Harga ekslusif Shopee) (8GB RAM + 128GB)


Peranti Kelas Pertengahan Di Bawah RM1500


Xiaomi Mi A2

Xiaomi Mi A2 meneruskan legasi Mi A1 dengan penawaran program Android One bersama sokongan dwi-kamera yang ditambahbaik. Spesifikasinya kini ditingkatkan kepada cip kelas pertengahan premium Snapdragon 660, mempunyai storan 128GB, dan hadir dengan sokongan dwi-kamera yang lebih ditambahbaik untuk penggambaran malam. Ia juga kini menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0 untuk mengurangkan masa pengecasan peranti ini.

Spesifikasi:

  • 5.99” IPS LCD FHD+ 18:9
  • Qualcomm Snapdragon 660
  • 4 x Kryo 260 2.2 GHz, 4 x Kryo 260 1.8 GHz
  • 6GB RAM / 128GB
  • 12MP f/1.75 + 20MP f/1.75 / 20MP
  • Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac
  • 3000 mAh, USB-C, Quick Charge 3.0
  • Android 8.1 / Android One

Harga: RM1099 (6GB RAM + 128GB)

Xiaomi Mi 8 Lite

Xiaomi Mi 8 Lite hadir dengan rekaan yang menarik dengan tampilan dua warna berbeza di bahagian belakang. Ia direka dengan ciri-ciri gaya hidup, seperti tampilan keupayaan kamera hadapan yang baik menerusi sensor 24MP. Ia sebuah peranti yang pantas atas janaan cip Snapdragon 660 bersama kehadiran memori 6GB RAM. Seperti Xiaomi Mi A2, peranti turut membawakan sambungan USB-C untuk memudahkan penyambungan pada mana-mana arah.

Spesifikasi:

  • 6.26” IPS LCD FHD+ 19:9
  • Qualcomm Snapdragon 660
  • 4 x Kryo 260 2.2 GHz, 4 x Kryo 260 1.8 GHz
  • 6GB RAM / 128GB
  • 12MP f/1.9 + 5MP f/2.0 (Utama) / 24MP (Hadapan)
  • Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 b/g/n/ac
  • 3350 mAh, USB-C
  • Android 8.1 / MIUI 9.6

Harga: RM1299 (6GB RAM + 128GB)

Samsung Galaxy A7

Samsung Galaxy A7 merupakan peranti pertama Samsung dengan keupayaan tiga kamera di bahagian belakang. Apa yang menarik mengenai peranti ini, ia menampilkan rekaan kaca selain mendatangkan skrin Infinity Display untuk paparan yang lebih luas. Ia juga menyertakan paparan Super AMOLED pada saiz 6-inci dan dijana dengan cip Exynos 7885 yang mempunyai prestasi di antara Snapdragon 636 dan Snapdragon 660.

Dengan penyertaaan sokongan tiga kamera, ia membawakan sensor 5MP f/2.2 untuk keupayaan Live Focus, sensor 24MP f/1.7 untuk penggambaran standard, dan sensor 8MP f/2.4 (13mm) untuk kebolehan penggambaran bersudut lebar.

Spesifikasi:

  • 6.0” Super AMOLED FHD+ 18.5:9
  • Samsung Exynos 7885
  • 2 x Cortex-A73 2.2 GHz, 6 x Cortex-A53 1.6 GHz
  • 4GB RAM / 128GB + mikroSD
  • 24MP + 8MP + 5MP (Utama) / 24MP f/2.0 (Hadapan)
  • Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 b/g/n/ac
  • 3300 mAh, Mikro-USB, pengecasan 7.75W
  • Android 8.0 / Samsung Experience 9.0

Harga: RM1299 (4GB RAM + 128GB)

Huawei nova 3i

Huawei nova 3i mencuri perhatian ramai atas rekaannya yang kelihatan cukup anggun dan bergaya. Ia membawakan keupayaan empat kamera (2 x hadapan & 2 x belakang) bagi memberi penggambaran Portrait Mode yang lebih sempurna. Ia menyajikan penawaran yang seimbang, melalui perletakkan cip kelas pertengahan Kirin 710 yang pantas bersama kapasiti bateri standard untuk kegunaan sepanjang hari.

Spesifikasi:

  • 6.3” IPS LCD FHD+ 19.5:9
  • HiSilicon Kirin 710
  • 4 x Cortex-A73 2.2 GHz, 4 x Cortex-A53 1.7 GHz
  • 4GB RAM / 128GB
  • 16MP f/2.2 + 2MP / 20MP f/2.0 + 2MP
  • Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11 b/g/n
  • 3340 mAh, Mikro-USB, pengecasan 10W
  • Android 8.1 / EMUI 8.2

Harga: RM1099 (4GB RAM + 128GB)

Vivo V11i

Selain itu, anda boleh mendapatkan Vivo V11i yang turut dijual pada harga RM1299. Apa yang istimewa mengenai peranti ini, ia menawarkan sejumlah pilihan warna menarik, mempunyai skrin LTPS LCD pada saiz 6.3-inci, dan dijana dengan cip Snapdragon 660. Ia turut hadir dengan sokongan dwi-kamera 16 dan 5MP, kamera hadapan 25MP, dan menyokong pengecasan pantas 18W.

Spesifikasi:

  • 6.3” LTPS LCD FHD+ 19:9
  • MediaTek Helio P60
  • 4 x Cortex-A73 2.0 GHz, 4 x Cortex-A53 2.0 GHz
  • 4GB RAM / 128GB
  • 12MP f/2.0 + 5MP f/2.4 (Utama) / 25MP f/2.0 (Hadapan)
  • Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11 b/g/n/ac
  • 3315 mAh, Mikro-USB, pengecasan 18W
  • Android 8.1 / Funtouch OS 4.5

Harga: RM1299 (4GB RAM + 128GB)


Peranti Berkuasa Di Bawah RM1500


Honor 10

Peranti ini menawarkan rekaan yang sangat menarik melalui binaan kaca dengan kemasan Aurora Glass. Saiznya kompak, dengan skrin 5.84-inci untuk memudahkan penggunaan melalui satu tangan. Ia juga menawarkan spesifikasi berkuasa di dalamnya, melalui penggunaan cip Kirin 970 dengan sokongan GPU Turbo, dan mempunyai kapasiti bateri 3400 mAh.

Spesifikasi:

  • 5.84” IPS LCD FHD+ 19:9
  • HiSilicon Kirin 970
  • 4 x Cortex-A73 2.4 GHz, 4 x Cortex-A53 1.8 GHz
  • 4GB RAM / 128GB
  • 16MP f/1.8 + 24MP f/1.8 (Utama) / 24MP f/2.0 (Hadapan)
  • Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11 b/g/n/ac
  • 3400 mAh, USB-C, Honor SuperCharge
  • Android 8.1 / EMUI 8.1

Harga: RM1399 (4GB RAM + 128GB)

Pocophone F1

Pocophone F1 berjaya menarik perhatian ramai atas penggunaan cip Snapdragon 845 melalui harga jualan peranti yang sangat berpatutan. Bukan itu sahaja, ia turut hadir dengan sokongan imbasan wajah inframerah, mempunyai pembesar suara stereo, dan menawarkan kapasiti bateri 4000 mAh bersama sistem pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Spesifikasi:

  • 6.18” IPS LCD FHD+ 18.7:9
  • Qualcomm Snapdragon 845
  • 4 x Kryo 385 Gold 2.8 GHz, 4 x Kryo 385 Silver 1.8 GHz
  • 6GB RAM / 128GB + mikroSD
  • 12MP f/1.9 + 5MP f/2.0 (Utama) / 20MP (Hadapan)
  • Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 b/g/n/ac
  • 4000 mAh, USB-C, Quick Charge 3.0
  • Android 8.1 / MIUI 9.6 for POCO

Harga: RM1499 (6GB RAM + 128GB)


Jadi itulah peranti dengan storan 128GB yang anda boleh dapati di bawah RM1500. Kesemua peranti yang disenaraikan di atas boleh didapati melalui kedai fizikal rasmi atau menerusi laman-laman jualan utama Malaysia seperti Lelong, Lazada, Shopee, 11street.

Komen