Cari @ Amanz

Kereta Elektrik SIN Direka Untuk Perkongsian Kenderaan Dan Perkhidmatan Seru-Pandu

Link Copied!

Banyak kereta elektrik sedang dijual dan dibangunkan oleh pengeluar kereta konvensional. Tetapi trend yang kami sedari ialah kereta elektrik yang dihasilkan jatuh ke dalam kategori kenderaan mewah kerana harga jualannya yang diuar kemampuan majoriti pengguna. Hanya Mahindra dari India setakat ini menjual kereta elektrik mereka secara massa pada harga yang amat mampu milik.

Ini membuka peluang kepada pengeluar kecil-kecil seperti Biomega untuk mencuba nasib. SIN ialah kereta elektrik pertama keluaran syarikat yang sebelum ini mengeluarkan basikal elektrik. Kenderaan ini mendapat namanya dari Singapura kerana saiznya yang padat sesuai untuk kegunaan kawasan bandar. SIN turut menerima sentuhan pereka terkemuka Bjarke Ingels dari BIG, KiBiSi dan Ross Lovegrove.

Empat motor elektrik digunakan dengan bateri sebesar 14 kWh. Ini membolehkan ia bergerak pada kelajuan maksimum 130 km/j. Rekaan minimalis digunakan bagi mengurangkan kos dan keseluruhan kerangka diperbuat daripada aluminium. Biomega SIN mensasarkan penggunaan di bandaraya Hong Kong menjelang 2021 dengan harga jualan €20,000 (~RM 95,000). Ia bukan dihasilkan untuk dimiliki tetapi untuk perkhidmatan seru-pandu dan perkongsian kenderaan yang dijangka popular di masa hadapan.


Komen ()