Sistem Penggera Terra Memberi Amaran 60 Saat Sebelum Gempa Melanda

Sistem Penggera Terra Memberi Amaran 60 Saat Sebelum Gempa Melanda

Diterbitkan pada November 26, 2018 oleh .

Sebulan yang lalu, bumi secara harfiah digegarkan dengan berita kejadian gempa bumi yang berlaku dengan kerap. Negara jiran Indonesia yang paling terus dilanda musibah ini dengan Kepulauan Lombok melaporkan lebih 500 kematian dan ribuan kehilangan tempat berteduh. Kedudukan Indonesia di Lingkaran Api Pasifik menyebabkan ia lebih terdedah kepada gempa berbanding negara kita.

Bagi mengurangkan jumlah korban akibat gempa, sistem penggera Terra telah dihasilkan oleh pelajar dari Umeå Institute of Design Sweden. Ia menerima isyarat dari sistem amaran seismograf yang digunakan oleh negara-negara di dalam Lingkaran Api Pasifik. Ini membolehkan amaran seawal 60 saat diberikan sebelum gegaran dirasai oleh rumah pengguna.

Penggera ini akan mengeluarkan bunyi bingit dan mengelipkan warna merah apabila menerima amaran awal gempa yang berlaku adalah berskala tinggi. Hanya amaran audio dan lampu putih akan diberikan jika gempa yang dikesan dipercayai tidak akan mendatangkan bahaya. Seperti penggera kebakaran, ia hanya memerlukan dua bateri bersaiz AAA untuk berfungsi. Penggera ini telah dianugerahkan tempat kedua di dalam Anugerah James Dyson Sweden 2018.


TIPS & ULASAN