Carian
HTC
HTC Dan McLaren Bekerjasama Untuk Menghasilkan HTC Vive Edisi Khas
November 26, 2018 Nazrin

Permainan simulasi perlumbaan kereta boleh dikatakan diantara salah satu perisian yang dapat menggunakan kebolehan peranti realiti maya secara maksima, dan HTC dan McLaren kini dilihat bekerjasama sekali lagi untuk sebuah peranti HTC Vive edisi khas.

Peranti HTC Vive edisi khas ini ialah sebuah HTC Vive Pro yang hadir dengan permain rFactor 2 McLaren Edition, iaitu sebuah permainan simulasi perlumbaan yang dibina oleh Studio 397, yang membolehkan pemain merasai bagaimana memandu pelbagai kereta McLaren dari zaman dahulu hingga sekarang.

Sama seperti simulasi perlumbaan rFactor 2, pengguna turut boleh memilih untuk berlumba di dalam kitaran siang ataupun malam, disamping memilih cuaca yang bersesuaian untuk anda.

Lebih menarik lagi, simulasi ini turut hadir dengan litar perlumbaan dinamik dimana permukaan litar akan berubah mengikut pusingan perlumbaan. Permainan rFactor 2 McLaren ini sudahpun hadir, tetapi anda akan memerlukan langganan Viveportuntuk memainkannya.

Komen