Elon Musk: Kebarangkalian 70 Peratus Saya Akan Berhijrah Ke Planet Marikh

Elon Musk: Kebarangkalian 70 Peratus Saya Akan Berhijrah Ke Planet Marikh

Diterbitkan pada November 26, 2018 oleh .

Melalui sebuah temuramah dengan HBO, Elon Musk, CEO syarikat SpaceX dan Tesla berkata bahawa kemungkinan penghijrahan manusia ke planet Marikh semakin menjadi kenyataan dalam jangkahayat kita, dan beliau sendiri turut berkata bahawa kebarangkalian beliau sendiri akan ke planet tersebut ialah 70 peratus.

Elon Musk turut menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa penghijrahan ke planet Marikh ini dikatakan satu jalan keluar mudah untuk orang kaya, kerana ia adalah sesuatu yang tidak pernak dilakukan sebelum ini dan terdapat pelbagai risiko sewaktu penghijrahan.

Beliau berkata walaupun kapal angkasa tersebut mendarat di planet tersebut dengan selamat, terdapat pelbagai isu lain yang perlu dititikberatkan seperti membuatkan planet tersebut boleh dihidupi dengan selesa dan sebagainya.

Penghijrahan ke planet Marikh bukanlah suatu idea yang baru, tetapi dengan kemajuan teknologi angkasa yang semakin pesat melalui syarikat seperti SpaceX, terdapat kebarangkalian bahawa kita dapat melihat ia berlaku di dalam jangkahayat ini.



TIPS & ULASAN