Cari @ Amanz

Dua minggu yang lalu, Samsung Galaxy S9 dan S9+ mula ditawarkan dalam warna cerun baharu Ice Blue di China. Warna biru muda berubah ke warna putih salju seperti permukaan bongkah ais pada peranti. Kerana kepopularan warna cerun, Samsung Galaxy S9 dengan sebuah lagi warna cerun bakal ditawarkan di Korea Selatan.

Samsung Galaxy S9 dengan warna Polaris Blue telah tertiris ke arena web. Warna cerun ini berubah dari warna biru tua pada bahagian atas ke perakĀ  pada bahagian bawah. Warna baharu ini masih belum diumumkan oleh Samsung. Seperti Ice Blue, Polaris Blue juga mungkin hanya ditawarkan pada jumlah terhad di negara tertentu sahaja. Penggunaan warna cerun sejak kebelakangan ini mungkin petanda paling ketara Galaxy S10 turut akan ditawarkan dengan pilihan warna yang sama.

  • Info
  • Dikemaskini – Nampaknya Samsung Galaxy S9 Polaris Blue hanyalah penjenamaan semula warna Ice Blue yang dilancarkan di China sebelum ini. Ia adalah warna yang sama dan setakat ini pilihan warna Polaris Blue sudahpun ditawarkan di pasaran Jerman
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd