Cari @ Amanz

Nokia hari ini mengumumkan yang mana mereka telah menandatangani perjanjian perkongsian paten bersama pengeluar peranti terkemuka dari China, iaitu Oppo.

Walaubagaimanapun, paten apakah yang terlibat dalam perjanjian ini tidak dikongsikan kedua-dua pihak.


Seperti ramai sedia maklum, Nokia mempunyai sejumlah paten utama dalam arena telefon pintar dan juga telekomunikasi. Sebelum ini, pelbagai pihak telah mengumumkan kerjasama dengan Nokia, dan terkini Oppo turut melakukan perkara sama – sekaligus mengelakkan perbalahan dan pergaduhan di mahkamah melibatkan beberapa paten.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd