Cari @ Amanz

“Mi True Wireless Earphones” Melepasi FCC – Pesaing Sebenar Kepada Apple AirPods

Link Copied!

Minggu lepas, kita sudah lihat Xiaomi hadir dengan AirDots – sepasang set fon telinga yang benar-benar nirwayar. Ia kononnya adalah saingan kepada Apple AirPods cuma harganya sekitar RM119 (tukaran mata wang secara terus). Baru-baru ini, tertiris sepasang lagi set fon telinga nirwayar sebenar dari Xiaomi yang lebih mirip dengan Apple AirPods.

Set fon telinga ini dilihat sudah melepasi FCC dan sudah pun diiktiraf. Jika sudah melepasi FCC, bermakna set fon telinga ini akan hadir secara global. Menurut sumber, nama aksesiak audio ini yang difailkan adalah “Mi True Wireless Earphones“. Sama seperti AirPods, ia turut hadir dengan kerangka kuasa. Kemudian setiap fon telinga itu mempunyai sambungan magnet untuk tujuan pengecasan. Menarik sekali, kerangka kuasa itu pula mempunyai port USB-C serta dari segi rekaan keseluruhan – ia kelihatan seakan set fon telinga biasa Xiaomi yang kabelnya dipotong.

Dari segi harga, tarikh pelancaran atau bila ia mula dijual masih tidak diketahui. Spesifikasi set fon telinga ini juga tidak diketahui. Tetapi, ia mungkin akan dijual pada tahun 2019. Ini kerana, kebiasaannya – selepas melepasi FCC, ia akan ambil masa 2-3 bulan untuk hadir secara awam.


Komen ()