Watak komik Marvel kini dikenali ramai selepas filem-filem mereka hadir ke layar perak sejak sedekad yang lalu. Impak siri filem Marvel dapat dilihat pada pelbagai produk berlesen yang telah dihasilkan seperti komputer riba Acer Iron Man, Thanos dan Captain America sebelum ini. Kini tetikus edisi Marvel juga boleh anda miliki di Malaysia.
2018 Logitech M238 Marvel Wireless Collection adalah tetikus yang hadir dengan rekaan adiwira Iron Man, Captain America, Spider-Man dan Black Panther. Tetikus nirwayar teknologi radio 2.5 GHz ini boleh berfungsi sehingga jarak 10 meter dan dilengkapi bateri yang boleh bertahan sehingga 12 bulan dengan sekali caj. Ia boleh digunakan pada komputer Windows, Mac, Chrome OS dan Linux. Di Malaysia tetikus-tetikus ini boleh dimiliki pada harga RM89 sebuah.