Carian
Semua Kawasan R&R PLUS Akan Dilengkapi WiFi Percuma Menjelang 2022
November 27, 2018 Aman

Menjelang 2022 kelak, semua kawasan Rehat dan Rawat (R&R) PLUS di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan akan dilengkapi denan kemudahan WiFi secara percuma.

Sebagai permulaan, R&R Seremban kelak dijangka akan menjadi antara terawal untuk diuji dengan perkhidmatan WiFi percuma sekitar awal 2020 kelak.

Dengan penawaran WiFi percuma ini, ia akan memudahkan lagi para pengguna untuk kekal berhubung ketika menggunakan lebuhraya utama berkenaan. Seperti ramai sedia maklum, kadang-kala talian di lebuhraya tidak begitu baik, dan penawaran pihak PLUS di R&R ini akan memudahkan lagi proses komunikasi berkaitan.

Selain pengenalan WiFi percuma ini, sebelum ini pihak PLUS juga turut telah memulakan proses naik-taraf pada beberapa kawasan R&R, termasuk dengan sokongan pembayaran secara nirtunai.

Komen