Western Union Kini Menawarkan Kemudahan Penghantaran Wang Atas-Talian Atau Melalui Aplikasi Mudah-Alih

Western Union Kini Menawarkan Kemudahan Penghantaran Wang Atas-Talian Atau Melalui Aplikasi Mudah-Alih

Diterbitkan pada November 27, 2018 oleh .

Western Union merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan kemudahan pemindahan dan penghantaran wang rentas negara. Terkini, dalam usaha memudahkan lagi pengguna, Western Union hari ini turut memperkenalkan kemudahan untuk menghantar wang secara atas-talian dan menggunakan aplikasi mudah-alih.

Dengan pengenalan ciri ini, ia sekaligus memudahkan pengguna untuk menghantar wang dengan hanya beberapa klik sahaja, selain boleh melakukannya sepanjang hari tanpa perlu terkejar ke ejen rasmi Western Union.

Sempena pengenalan aplikasi Western Union dan kemudahan penghantaran secara atas-talian di Malaysia ini, pihak Western Union menawarkan yuran pemindahan sebanyak RM0.99 untuk setiap transaksi. Dan pengguna juga boleh melakukan transaksi sehingga RM3,000 melalui aplikasi atau secara atas-talian setiap hari.

Bagi anda yang sering melakukan transaksi melalui Western Union, boleh memuat-turun aplikasi rasminya hari ini, atau turut menggunakan laman rasmi mereka untuk melakukan transaksi rentas negara dengan mudah mulai hari ini.

Layari : Western Union

Muat-Turun Western Union untuk Android

Muat-Turun Western Union untuk iPhone


TIPS & ULASAN