Peranti pintar keluaran Huawei kini semakin mendapat sambutan orang ramai. Hal ini kerana kebelakangan ini, Huawei sering kali hadir dengan peranti mercu mereka dengan kelengkapan yang cukup baik untuk sebuah telefon pintar sekaligus menjadikan Huawei berdiri teguh setanding dengan pengeluar telefon pintar yang tersohor lain.
Huawei bukan sahaja terkenal dengan kehadiran sistem tri-kamera mereka yang baik, tetapi juga beberapa fungsi yang lain untuk menjalankan peranti pintar mereka dengan baik dan lancar. Berikut merupakan beberapa peranti mercu daripada Huawei yang menjadi pilihan pembelian orang ramai.
1) Huawei Mate 20 Pro
Huawei Mate 20 Pro merupakan siri telefon pintar daripada Huawei yang paling terbaru dilancarkan. Telefon pintar ini adalah salah satu daripada empat telefon pintar mercu yang telah dilancarkan untuk siri Huawei Mate 20. Ia mempunyai spesifikasi yang cukup tinggi dengan rekaan yang lebih premium berbanding siri Huawei Mate 20 yang lain.
Bagi anda yang suka menonton tayangan video menggunakan telefon pintar seperti Netflix, Huawei Mate 20 merupakan satu pilihan yang baik kerana rekaan skrin yang disertakan bersama telefon pintar ini adalah agak besar, iaitu bersaiz 6.39 inci. Skrin telefon pintar ini juga dilengkapi dengan panel skrin OLED dan membolehkan anda untuk menonton tayangan video pada resolusi QHD+.
Skrin telefon pintar ini juga bagi kami antara skrin tercantik yang pernah digunakan pada peranti Huawei setakat ini. Hal ini kerana ia mampu untuk memaparkan paparan yang tajam dengan warna yang hidup. Rekaan kerangka dan bingkai peranti ini juga dilihat lebih melengkung pada bahagian kedua dua sisi, lebih nipis dan lebih selesa untuk membuat genggaman apabila anda memegangnya.
Hasil janaan cip Kirin 980 yang merupakan cip pemprosesan yang paling berkuasa tinggi setakat ini membolehkan Huawei Mate 20 untuk berjalan dengan lebih lancar dan dapat menjimatkan penggunaan bateri anda. Kapasiti bateri yang disertakan adalah sebesar 4200 mAh dan ia menyokong pengecasan pantas Super Charge 2.0 pada tetapan kuasa 40W.
Apa yang paling menarik mengenai telefon pintar Huawei Mate 20 Pro ini adalah ia mampu untuk membuat pengecasan berbalik (Reverse Charging) secara nirwayar. Fungsi ini sangat berguna sekiranya anda ingin mengecas telefon pintar rakan anda yang kehabisan bateri dan ia boleh digunakan pada mana mana telefon pintar lain yang menyokong pengecasan nirwayar. Telefon pintar Huawei Mate 20 Pro merupakan telefon pintar pertama yang hadir dengan fungsi menarik ini.
Jika sebelum ini Huawei hadir dengan sistem tri-kamera yang telah disusun dengan selari pada telefon pintar siri Huawei P20 mereka yang lalu, kini Huawei Mate 20 Pro masih lagi mengekalkan sistem tri-kamera mereka. Namun, apa yang mengejutkan adalah pihak mereka telah merevolusikan susunan kamera belakangnya yang mana ia telah disusun dalam susunan berbentuk empat segi.
Huawei Mate 20 Pro hadir dengan sokongan tri-kamera utama yang menggabungkan sensor 40MP untuk lensa biasa, sensor 20MP untuk lensa ultra lebar LEICA yang menggantikan sensor monokrom pada Huawei P20 Pro, dan 8MP untuk rakaman zoom optikal sehingga 3 kali.
Huawei juga turut menyertakan teknologi Artificial Intelligence (AI) pada kemera. Dengan terbinanya teknologi AI ini pada kamera, ia sekaligus dapat menghasilkan gambar yang sangat cantik berdasarkan pengecaman objek yang dibuat. Untuk rakaman video pula, telefon pintar daripada Huawei ini dilengkapi dengan teknologi video pertama dengan sokongan AI Portrait Color. Teknologi ini seakan sama seperti Portrait Mode yang dibina khas untuk rakaman gambar dan tetapan warnanya tidak dapat diubah setelah rakaman diambil.
Selain itu, Huawei juga turut menyertakan sokongan Huawei HiVision dimana ia merupakan kecerdasan buatan daripada aplikasi kamera yang dapat digunakan untuk mengira jumlah kalori berdasarkan makanan yang dilihat. Melalui sokongan Huawei HiVision ini, ia sekaligus memudahkan anda untuk mendapatkan informasi mengenai jenis makanan yang anda ambil sekaligus menjadikan anda lebih peka dengan gaya pemakanan.
Bagi anda yang menggunakan telefon pintar keluaran Huawei siri Mate 20 ini, anda boleh menikmati pelbagai promosi daripada rakan kongsi Huawei VIP seperti Malaysia Airline, Sheraton Imperial Group, Aerocentric, Plaza Premium Lounge, Auto Bavaria dan banyak lagi.
2) Huawei MateBook X Pro
Selain daripada telefon pintar, Huawei juga turut hadir dengan komputer riba mereka yang tersendiri, iaitu Huawei MateBook X Pro. Komputer riba ini hadir dengan rekaan skrin 13.9 inci beresolusi 3000X2000 pixel dengan nisbah skrin ke badan sehingga 91%. Dengan nisbah skrin sebesar ini, ia dilihat dapat memberikan kepuasan kepada pengguna kerana saiz paparannya yang besar dan hampir menyeluruh.
Sekiranya anda mencari sebuah komputer riba yang ringan dan mudah untuk dibawa kemana-mana, komputer riba ini mungkin dapat menetapi cita rasa anda. Hal ini kerana komputer riba Huawei MateBook X Pro dibina dengan rekaan ultra nipis iaitu senipis 14.6 mm dan seberat 1.33 kg sahaja.
Komputer riba ini juga dikuasakan dengan dua pilihan cip pemprosesan, iaitu Intel Core i5 8250U dan Intel Core i7-8850U, kad grafik GeForce MX150, memori sehingga 16GB dan pilihan storan sehingga 512GB. Dengan teknologi grafik yang disertakan ini, ia membolehkan anda untuk menonton rakaman 4K dengan baik dan jelas. Jika anda seorang pereka grafik dan pemain permainan video, komputer riba ini juga perlu diletakkan pada senarai pilihan anda. Ini kerana sokongan grafiknya yang tinggi membolehkannya untuk berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah sela masa.
Pada bahagian papan kekunci Huawei MateBook X Pro ini, terdapat satu pengimbas cap jari terbina pada butang kuasanya. Dengan hanya menekan butang kuasa yang dioptimasikan oleh BIOS ini, komputer riba akan dihidupkan dan anda akan log masuk kepada komputer riba anda sepantas 7.8 saat sahaja.
Melalui fungsi pengimbas cap jari pada butang kuasa ini, ia sekaligus dapat menyelamatkan komputer riba anda daripada diceroboh oleh orang lain dan sekuriti komputer riba anda lebih ketat serta selamat berbanding komputer riba yang lain.
Fungsi lain yang menarik dan tidak ada pada komputer riba yang sedia ada adalah kamera web yang disorokkan pada papan kekunci. Anda perlu menekan pada butang papan kekunci tersebut untuk menimbulkan kamera web ini ke atas apabila memerlukannya.
Kamera ini dibina dan diletakkan pada lokasi yang unik dan tersembunyi untuk sebuah komputer riba. Rekaan kamera pada bahagian papan kekunci ini sekaligus dapat mengelakkan anda daripada diintip oleh penggodam dan dilihat lebih selamat daripada rekaan kamera web pada komputer riba yang biasa.
Bagi anda yang ingin memindahkan fail, gambar dan sebagainya, komputer riba ini menyokong untuk membuat pemindahan fail dengan mudah dan cepat. Proses pemindahan fail ini menjadi lebih cepat dan efisyen kerana komputer riba ini menyokong untuk pembuat pemindahan fail secara nirwayar, tanpa perlu menggunakan kabel USB, atau perisian pihak ketiga.
Kelajuan yang menyokongnya adalah sehingga 20 Mbps yang mana ia dikatakan 100 kali lebih laju berbanding penggunaan Bluetooth. Namun, fungsi ini hanya akan menyokong sekiranya anda membuat pemindahan menggunakan peranti daripada Huawei sahaja.
Dari segi audionya pula, komputer riba ini dibina dengan menggabungkan empat pembesar suara yang mana masing masingnya sudah menyokong ATMOS Dolby Sound System. Dengan adanya empat pembesar suara ini, ia sekaligus membolehkan anda untuk menjawab panggilan suara daripada jarak yang agak jauh.
Sekiranya anda sering menonton tayangan video atau mendengar lagu menggunakan komputer riba, Huawei MateBook X Pro ini merupakan pilihan yang baik kerana ia dapat menghasilkan bunyi yang kuat dan menjanjikan pengalaman pendengaran yang lebih imersif.
3) Huawei Watch GT
Jam tangan pintar ini telah dilancarkan serentak dengan telefon pintar siri Huawei Mate 20. Huawei Watch GT ini membawakan rekaan muka jam bulat, skrin sebesar 1.39 inci OLED, dilengkapi dengan janaan pemproses Cortex M4, dan bateri sebesar 420 mAh. Kapasiti bateri sebesar ini dikatakan dapat bertahan sehingga 14 hari penggunaan biasa dan anda tidak perlu risau untuk mengecas jam tangan pintar ini setiap hari.
Bagi anda yang mempunyai masalah untuk tidur, jam tangan pintar ini sangat membantu untuk memantau corak tidur anda melalui fungsi Huawei TruSleep 2.0. Selain membuat pemantauan corak tidur, jam tangan pintar ini juga dapat memberi cadangan dan jalan penyelesaian kepada masalah tidur anda agar dapat tidur dengan lebih nyeyak.
Huawei Watch GT ini juga dapat menganalisa degupan jantung anda dengan fungsi Huawei TruSeen 3.0. Fungsi ini akan memantau kadar denyutan jantung anda dengan lebih efisyen dan tepat dengan bantuan sensor pada bawah jam tangan pintar ini.
Selain itu, jam tangan pintar ini juga dilengkapi dengan fungsi yang dapat melatih dan membantu anda melakukan aktiviti sukan bergantung kepada tahap kesihatan badan anda. Huawei Watch GT ini akan mencadangkan kepada anda tempoh masa yang diperlukan untuk sesuatu aktiviti kecergasan dan rekod kesihatan anda akan disimpan.
Selain itu, jam tangan pintar ini juga mempunyai aplikasinya sendiri, iaitu Huawei Wear yang mana aplikasi ini telah tersedia untuk dimuat turun bagi peranti iOS dan Android. Jadi, selain memantau kesihatan anda menggunakan jam tangan pintar, anda juga mempunyai alternative lain untuk melihat ringkasan kesihatan anda secara harian, bulanan ataupun tahunan.
Rumusan
Ketiga tiga peranti ini sangat berbaloi untuk dimiliki kerana kesemuanya mempunyai ketahanan bateri yang cukup lama untuk kegunaan harian, dan rekaan yang premium serta elegan.
Di Malaysia, Huawei Mate 20 Pro boleh dibeli pada harga RM3599. Komputer riba Huawei MateBook X Pro pula boleh dimiliki pada harga bermula RM4999 untuk komputer riba dengan memori 8GB RAM bersama 256GB SSD storan manakala untuk model dengan memori 16GB RAM bersama 512GB SSD boleh didapati pada harga RM6999. Bagi Huawei Watch GT pula, jam tangan pintar ini dijual pada harga RM999.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatan ketiga tiga peranti ini, anda boleh membuat pembelian di laman rasmi Huawei atau pengedar pengedar rasmi mereka.
Penafian: Advertorial daripada Huawei