Cari @ Amanz

Google Chrome Untuk Android Mungkin Akan Hadir Dengan Sokongan Gesture

Link Copied!

Sokongan gesture mula diperkenalkan oleh Apple untuk iPhone X. Kemudian, populariti sokongan ini diikuti oleh banyak pengeluar peranti Android seperti Xiaomi, Oppo, Vivo dan juga Google. Kini, Google dilihat sedang merancang untuk mengimplementasi sokongan gesture ini secara terus di dalam aplikasi Chrome untuk Android.

Bagaimana sokongan ini akan diimplementasi masih belum diketahui. Tetapi, dalam chromium gerrit yang terkini – satu rancangan untuk sokongan ini telah direkodkan. Pembangun telah pun senaraikan sokongan ini sebagai WIP, jadi ini bermakna fungsi ini akan hadir tidak lama lagi. Jika ia sudah sedia digunakan, ia akan hadir dalam aplikasi Chrome Canary terebih dahulu dan pengguna yang ingin mencuba perlu mengaktifkannya melalui Chrome Flags seperti di bawah;

chrome://flags/#enable-gesture-navigation

Dalam banyak peranti Android, sokongan ini sudah pun dijadikan sebagai ciri utama atau ciri pilihan untuk tujuan navigasi. Adalah perlu Google hadir dengan sokongan gesture asing hanya untuk Chrome?


Komen ()