Google Maps Mula Menyokong Penggunaan Tagar Di Dalam Ulasan Perniagaan

Google Maps Mula Menyokong Penggunaan Tagar Di Dalam Ulasan Perniagaan

Diterbitkan pada November 27, 2018 oleh .

Penggunaan tagar di media sosial memudahkan proses mengikuti berita sohor kini. Seperti semalam kami hanya perlu mengikuti tagar #Seafield untuk mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku di rusuhan kuil. Kerana penggunaannya yang semakin berkembang, Google Maps kini membenarkan tagar diletakkan di dalam ulasan Local Guides.

Tagar #Halal boleh digunakan bagi memudahkan pengguna mencari tempat makanan yang mengikuti syarak misalnya. Selain itu tagar #WhellChairAccessible pula boleh memberikan maklumat restoran di dalam ulasan adalah mesra OKU. Google Maps hanya membenarkan penggunaan sehingga lima tagar sahaja di dalam ulasan.

Sejak tiga minggu kebelakangan ini pelbagai fungsi baharu diperkenalkan di Google Maps. Di beberapa negara terpilih, pengguna Maps boleh menghantar mesej terus ke perniagaan di dalam aplikasi.


TIPS & ULASAN