Cari @ Amanz

Kes Google disaman oleh kerajaan-kerajaan beberapa negara lain bukan sesuatu yang baru. Terkini, Google dituduh oleh Rusia dan perlu membayar saman kerana tidak menyekat laman web yang kerajaan Rusia ingin sekat.

Menurut Reuters, kerajaan Rusia dikatakan sedang berfikir untuk menjadikan nilai saman kes ini lebih tinggi dari yang asal. Sekarang, Google diarahkan untuk membayar 700,000 roubles (~RM43783). Kes ini wujud kerana Google dikatakan tidak menghubungkan rangkaian mereka ke pangkalan data yang menyekat laman web yang kerajaan Rusia ingin halang. Ini menjadikan rakyat Rusia mudah mengakses laman-laman web ini dengan hanya membuat carian dan terus klik kepada pautan yang dicari.

Rusia dilihat memang tegas dalam hal-hal berkaitan Internet. Sebelum ini, Telegram turut terlibat dengan kes saman-menyaman dengan Rusia. Google pula, pernah terlibat dengan saman dari Eropah yang nilainya lebih tinggi dari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd