Cari @ Amanz

Maxis sedia menawarkan sokongan e-SIM untuk pengguna Huawei Watch 2 sebelum ini. Kini, dengan iPhone yang menawarkan sokongan untuk eSIM sebagai talian kedua, mungkin ramai yang tertanya-tanya bilakah sokongan sama untuk iPhone akan diperkenalkan.

Menyentuh mengenainya, Maxis melalui halaman FAQ kini menyatakan yang mana mereka kini sedang bekerjasama dengan pihak Apple untuk menawarkan eSIM, dan akan berkongsi kemaskini lanjut mengenainya kelak.

Ia tidak diketahui lagi bilakah sokongan berkenaan akan hadir. Tetapi, dengan kemaskini baru pada halaman FAQ ini, kita mungkin boleh nantikan pengenalan sokongan eSIM daripada Maxis untuk iPhone tidak lama lagi.

Selain Maxis, sebuah talian baru turut telah menawarkan sokongan eSIM untuk peranti Xiaomi – sekaligus membolehkan pengguna tempatan untuk mendapatkan telefon Xiaomi dengan sokongan eSIM di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd